Isnin, 14 Januari 2013

Bersabar dlm BERDOA...

Lamanya tak mngupdate blog ni. Bukannya tiada idea utk ditulis ttp masa itu yg mnghadkn peluang brbicara. InsyaAllah, jika ada kelapangan masa, diri ini akn menulis sedikit sebyk spy dpt dikongsi buah pandangan antara sesama kita.

Untuk post ini, diri ini mahu menulis sedikit ttg sabar dlm berdoa. Sesungguhnya diri ini sedang bersabar dlm menanti sesuatu. Untaian doa disusun dgn hiba dan diungkapkan di hadapan Tuhan sekelian alam spy didengari. Ya, Tuhan yg Maha Pemurah dan Pengasih itu suka mendengar permintaan dari hambanya malahan DIA mngganggap hamba itu sombong jika tidak meminta dariNya.

Diri ini berdoa bukanlah semata-mata kerana mahu diperkenankan tetapi mahu melaksana yg sepatutnya dilakukan oleh seorang hamba. Urm, hamba ialah seseorang yg lemah dan bersifat kekurangan maka ia akn berharap dan memohon meminta pada tuannya. Begitulah sifat manusia yg sepatutnya. Dia hanya meminta pada tuannya bukan meminta sesama hamba.

Dalam hati ini sgt yakin bahawa Allah pasti akan memperkenankan doa. Mengapa diri ini begitu yakin?...Tidak kah Allah sudah berfirman dalam Al-Quran, DIA pasti akan mendengar dan memperkenankn doa hambanya yg berdoa pd-Nya. Tiada perkataan yg lebih benar selain kata-kata penguasa dan pemilik alam ini dimana hanya kehendakNya sahaja yang akan berlaku.

Ya, doaku pasti diperkenankan cuma pengetahuan dan kehendak Allah mengatasi segalanya, doa itu akan diperkenankan samaada sekarang juga atau pada masa nanti yg lebih tepat, atau akan ditangguhkn sehingga ke hari perhimpunan kelak, atau doa itu sebagai penolak dan penghalang pada kejadian yg tidak diingini nnt.

Allah, sungguh Pemurah dan Penyayang MU pada hamba manusia ini. Jika mereka menghayati dgn sebenar-benarnya maka mereka akan tunduk dgn sepenuh hati seperti manusia agung Nabi Muhammad ( Selawat dan salam ke atasnya keluarga serta sahabatnya ). Setiap detik nikmat Allah menelusuri segenap tubuh badan ini, walaubagaimanapun hati sanubari ini kebykan masa sering lalai dan lupa pdMU ya Allah. Sungguh aku menzalimi diri sendri bila mana maksiat dan dosa dilakukn dgn nikmat2 yg dianugerahkn tanpa syarat dan balasan.

Urmmm, bersabar dalam berdoa. Berdoa dalam keadaan suci, mngadap kiblat serta memilih waktu-waktu yg mustajab seperti sepertiga malam, setiap hari jumaat, dlm keadaan brsujud dan byk lagi. Dimulai doa dgn puji pujian pd kebesaran dan keagungan Allah disertakan keyakinan hati,ketundukan dan penyerahan diri sepenuhnya pd Ilahi. Selawat pd Nabi Muhammad disusuli kemudian dan diakhirkn dlm brdoa. Tidak dilupa makanan yg dimasukkan ke dlm rongga badan ini perlu bersih suci dan halal sbgaimana sabda baginda Rasulullah, bagaimana doa utk diperkenankn sedangkn makanannya haram, pakaiannya haram, minumannya pon haram.

Ya Allah...


Ku tundukkan diriku pdMU Tuhan penguasa pemerintah segenap unsur-unsur langit dan bumi, Yang Maha Pemurah, Pengasih dan Penyayang yg tiada taranya, Yang akan mngabulkan doa dari setiap hamba yg berdoa

Permudahkan urusan dunia ku utk keselamatan, kesejahteraan iman dan agamaku,
Kurniakan aku pasangan dan pewaris yg mendamaikan hati, menyejukkan mata memandang
Jadikan mereka hamba2MU yg soleh dan solehah, mnjadi pemimpin2 yg membawa pimpinan mereka menujuMU
Bantulah aku utk menjadi anak yg soleh kpd kedua ibu bapaku
Kuatkan aku utk mnjadi suami yg bertanggjwb dan baik pd pasanganku yg juga kau ciptakan dia utk bergantung padaku
Tolonglah aku utk mnjadi seorang ketua keluarga yg dpt memimpin, mendidik dan mngajar ahli keluarga dlm mngenal, mngabdikan diri padaMU Ya Allah

Amin Ya rabalalamin...selawat dan salam ke atas pemimpin junjungan Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabat baginda. Terimalah kami sebagai umat baginda.