Rabu, 29 Ogos 2012

Urus EMOSI dan PERASAAN itu...

Urmm...sy mahu berkongsi sedikit pengalaman diri ini berkaitan tajuk di atas...ya ia mmg berkaitan dgn emosi dan perasaan sy suatu masa dahulu....sy merasai 2 keadaan emosi dan perasaan yg berbeza...
pertama sy rase emosi dan perasaan yg gembira, bahagia, tenang dan aman...
kemudian disusuli dgn emosi dan perasaan yg sgt berbeza dgn yg diatas malah ia berlawanan...

Anda faham kn maksud sy?

Sebenarnya bukan sy hendak mnceritakan pengalaman indah atau tragedi dlm hidup sy...ttp sy mahu menekankn emosi dan perasaan kita bila mnghadapi peristiwa demi peristiwa dlm hidup kita ni...

Untuk lebih jelas, sy ditakdirkn lebih awal utk merasa gembira, indah, tenang dan aman... di mana segala yg sy usahakn ketika itu dgn mudah sy berjaya... sy belajar di intitusi pendidikan di ibu kota dgn bidang pengajian yg diimpikan oleh setiap pelajar..susah dan payah dihadapi dgn tenang dan gembira...ntah dari mana ia dtg ke dlm diri ini walopon setiap hari brhdapan dgn buku2 tebal dan profesor2 serta pesakit2 sebagai tenaga pengajar...

Ia tampak susah, payah di luarnya...tp di dlm hati tidak seperti itu... sy merasakn kedamaian dan kegembiraan yg sentiasa memujuk dan membelai diri tnpa di pengaruhi oleh keadan luar...
Anda mngkin brtanya di mana kekuatan itu dtg kn?
Sedangkn sy sendri tdk tahu dr mana dtgnya...

Yang saya tahu sy sentiasa GEMBIRA, BAHAGIA, TENANG, AMAN ketika itu...

Alhamdulillah, dgn KEADAAN ini sy mnghadapi semua kesusahan dan kepayahan dgn jayanya...
Hakikatnya semua itu KASIH SAYANG Allah kepada saya yg disampai melalui EMOSI dan PERASAAN sy pd ketika itu

Tetapi saya tdk menyadarinya saat itu...Allah, Allah, Allah ampunkanlah diriku ini
Benarlah dlm firmanMU bahawa manusia bersifat pelupa pada nikmat yg ada di tangannya

Selang ketika, berlaku sesuatu yg mngejutkan diri ini....EMOSI dan PERASAAN beransur2 bertukar kepada SEDIH, RESAH, GELISAH dan TERTEKAN...

Anda tahu apa yg berlaku setelah itu?mngkin anda sudah tahu...
Dalam keadaan seperti ini 'performance' kita merudum, turun naik dan mngecewakan...

Apapon Alhamdulillah...di sini Allah tunjukkan KEBIJAKSANAAN, KETERATURAN perancangan dan takdir Allah itu sendri...Di saat itu sy tunduk melutut sujud meminta ampun kerana lupa pd nikmat yg sebelum ini hnya terucap kesyukuran di mulut tp bukan pd hati dan keikhlasan amalan pada Tuhan..

Hehe...ini bukanlah cerita yg selengkapnya kn?

Xpe lah...sebenarnya mesej sy utk anda ialah Urus EMOSI dan PERASAAN itu dengan baik...



INGAT BERSANGKA BAIK pada Allah...

  • segala yg di alami dtgnya dari Allah
  • syukur pd Allah jika berlaku benda yg baik
  • sabar pd Allah jika berlaku sebaliknya
Kesimpulan :
BERSANGKA BAIK pd Allah merupakan salah satu cara mengUruskan EMOSI dan PERASAAN (EQ) yng dianjurkan oleh ISLAM...dengan kata lain BERSANGKA BAIK meningkatkan EQ umat ISLAM...EQ yg tinggi membawa KECEMERLANGAN dlm pelajaran, kerjaya dan segala bidang kehidupan sekali gus GEMILANG di akhirat juga..



Ahad, 26 Ogos 2012

Doa, Subconscious Mind dan Kenyataan...

Untuk kali ini saya ingin berkongsi sedikit ttg tajuk seperti di atas... Dalam pembacaan beberapa buah buku trdapat perkaitan yg sy trfikir di mana boleh dikongsi bersama utk kebaikan kita semua... Sepertimana yg kita tahu doa adalah ucapan yg kita ucapkan pd Tuhan Maha Esa yg mngandungi perkara2 kebaikan utk diri sendri mahupun pada org lain...

Subconscious Mind pula boleh di sama ertikan dgn sikap/tabiat/amalan/perbuatan yg lahir daripada kita sendri tanpa kita mnyedari kehadirannya... Ia terjadi dgn automatik tnpa perlu di fikirkan malah ia seperti memprogramkn diri kita sebagai robot yg hnya mngikut kehendaknya... Adakah anda pernah mnyedari perkara ini?..Selalunya kita tidak mnyedarinya kerana ia adalah perkara yg biasa kita lakukan... Kita tidak memberi perhatian pd perbuatan yg dikira sebagai kebiasaan kn?

Kenyataan pula maksud sya adlah impian/cita-cita/kehendak yg kita inginkn itu berada di depan mata dan kita dpt mnyaksiknnya sndri...

Secara specifik sy maksudkn ialah APA YG KITA DOAKAN ITU MNJADI KENYATAAN

Kita semua berdoakan?...Alhamdulillah apabila kita berdoa mnunjukkn kita akur bahawa kita hanya hamba yg berharap pada Tuhan sekelian alam iaitu Allah s.w.t... Dan DIA juga memerintahkn kita spy berdoa brharap hanya pd DIA sahaja... Mana mungkin dia tidak menerima doa2 hambaNya yg berdoa padaNya...

Kemudian kita berdoa siang dan malam berulang2 kali... Ucapan yg diutarakn pd Allah digubah seindah dan seikhlas mungkin spy sedap dan indah dihadapan Allah... Kadangkala kita meniru/mngulang2 doa yg pernah juga didoakan Nabi Muhammad kpd Allah dgn harapan Allah mendengar dn mngabulkannya... Ada kala dek kerana mmg sgt xtrdaya dan xdpt berbuat apa2, air mata mngalir mntis ke riba merayu pd Allah utk membantu...

Ya begitu kan kita berdoa tiap2 kali?...Alhamdulillah

Sebenarnya doa2 yg diulang2 setiap hari itu akn diprogramkn di dalam Subconcious Mind... Ya kita xsedar tp sebenarnya mental, fizikal, spiritual kita sudah mempersiapkn kemampuan masing2 utk menuju IMPIAN/CITA-CITA/KEHENDAK itu ...

Mengapa sy berckp sebegitu?apakah bukti sebalik pernyataan itu?

Sebagai contoh yg mudah..sy sgt memerlukan sebatang pen di kala hendak menulis sesuatu yg sgt penting... tnpa memerlukn kita brfikir... badan sudah pon mnjalankn tugasnya utk mencari pen itu... kaki bergerak ke hulu hilir, tangan bergerak mngalih-alih halangan utk mncari pen jika trsembunyi... memori pula mngingat di mana kita letakkn pen... sbenarnya byk perkara yg berlaku serentak tp cuma kita saje xmnyedari secara sedar...

SUBHANALLAH, Hebatkn ciptaan Allah yg bernama MANUSIA  ini?... Cukuplah anda hanya memahami proses yg berlaku dlm diri kita... anda pasti akn tertunduk kagum melutut di bawah kekuasaan Allah... Anda akan merasai bahawa walopon diri ini adalah kita sendri tetapi ada proses yg berlakuu dlm ddiri ini di luar kesedaran kita...

Alhamdulillah kita sudah berdoa kn?tapi jgn lupa berusha dgn kudrat yg kita ada ni... dgn kata lain apa2 yg kita trdaya usahalah yer...sebnarnya dgn berusaha kita semakin dekat dengan IMPIAN/CITA-CITA/KEHENDAK itu... Allah berfirman DIA akan mengabulkan doa kita maka akhirnya TAWAKAL lah pada Allah sebelum sesuatu menjadi KENYATAAN ...

DOA, USAHA dan TAWAKAL ... formula utk orang2 yg beriman... Jika dia BERJAYA, tak mungkin dia lupa utk BERSYUKUR pada Allah... Jika BELUM BERJAYA, tak mungkin dia BERPUTUS ASA pd rahmat Allah, malah dia tetap BERSABAR dgn KETETAPAN Allah..

Kesimpulan:
Awak dan saya hendaklah sentiasa berdoa ikhlas tulus dihadapan Allah, mengakui hanya DIA sahaja lah yg akan memenuhi atau memperbaikan impian dunia akhirat kita... Ulang dan ulang lagi doa kita dgn hadirkan perasaan yg brharap pd Allah... Kita bkn brharap semata2 pd IMPIAN/CITA-CITA/KEHENDAK itu ttp sebenarnya kita mmbuktikn Allah hnya satu2 tuhan, yg menguasai  kehidupan kita, yg hanya tempat kita bergantung brharap, dan smoga IMPIAN/CITA-CITA/KEHENDAK itu baik utk DUNIA dan tempat tinggal kita yg kekal iaitu AKHIRAT...




Isnin, 13 Ogos 2012

Diriku mahu KAMU GEMBIRA...

Title ini sengaja saya pilih kerana mahu kamu lebih paham akn maksud yg saya tulis nanti... apakah maksud gembira yer?urm saya yakin kamu boleh berikan makna, sebab2nya hinggalah dpt mmbayangknnya di dlm fikiran kn?baguslah... mmg itu yg saya mahu...

Selalunya kita gembira apabila perkara2 yg mnyenangkan dan menyeronokkn berlaku pada kita...contohnya dpt bersama dgn org tersayang isteri/suami...dapat sesuatu yg diharap dan diidamkan...pasti kita akn tersenyum dan tubuh badan penuh dgn aura2 positif...bdn terasa bersemangat, kuat, tenang, damai, aman dan byk lagi perasaan2 positif yg baik utk hubungan, kesihatan, suasana persekitaran dalam keluarga...

itulah SEBABnya SAYA MAHU KAMU GEMBIRA...
Ia baik utk KAMU dan KITA...

Saya bawa satu keadaan pada kamu....kamu ditinggalkan oleh org yg tersyg seperti suami/isteri ketika kamu memerlukan...atau kamu tidak mendapat sesuatu yg kamu tunggu dan berharap....atau sesuatu yg luar jangka
berlaku yg mnyebabkan kamu tertekan dan kecewa...apakah yg berlaku pada kamu?kita manusia biasa yg ade perasaan, maka dtglah rase sedih, kecewa, gelisah, resah dan sebagainya...bukan hnya KAMU atau SAYA tp KITA pasti merasa perasaan itu...dia bukan manusia bila ia langsung tidak merasa apa2...

TP BOLEHkah KAMU kekal seperti mana kamu GEMBIRA..
tetap bersemangat, kuat, tenang, damai, dan aman...

BUKAN spy kamu melawan FITRAH KEMANUSIAN
tp sebenarnya spy kamu terhindar dari perasaan/emosi/aura NEGATIF
yg begitu buruk dan merosakkan sesuatu HUBUNGAN, KESIHATAN, SUASANA PERSEKITARAN dalam keluarga...

Jika perlu
kamu MENANGISLAH, LUAHKANLAH
dgn kata lain URUSKANlah EMOSI itu dengan BAIK
Jika diuruskan dgn baik...Kamu terhindar dari perkara yg buruk dan negatif
Malahan kamu mendapat sesuatu lain yg bersifat baik dan positif

Jadi Apapon yg berlaku pada KITA, yg mnyebabkan GEMBIRA atau SEBALIKNYA
Ia tak akan merosakkan hubungan, kesihatan, suasana persekitaran dalam keluarga...

Kamu tahu?? ini dipanggil Emotional Intelligence (EQ)
Kemahiran, Kecekapan, dan Kebolehurusan Emosi/Perasaan samada ia yg negatif/positif...
Jika kamu tahu, Kecemerlangan sesorang pada zaman kini bukan hnya IQ tinggi..tapi juga EQ yang cemerlang...bg sesetengah pakar mnanbah SQ Spiritual Intelligence yg telus ikhlas...mngkin saya akn menulis sedikit kefahaman hasil pembacaan SQ ini nnt...



Emotional Intelligence (EQ)
Inilah MESEJ utk KAMU...
Untuk pengetahuan kamu, semakin tua seseorng itu mngkin tahap EQ dia semakin cemerlang...kerana berbanding IQ...IQ wujud sejak kita lahir dan statik...ttp EQ berkembang mngikut umur....semakin byk emosi/perasaan kamu teruji maka akan semakin cemerlanglah EQ kamu...

Tp EQ berkembang bermula apabila seseorng budak mula berfikir...bila dia mula berckp perasaannya/emosinya gembira, sedih atau marah, malas, rajin...dan bila dia mula berfikir apa yg sepatut dia buat apabila dia mngalami perasaan itu...

Selalunya Emosi ini dikaitkan dgn interaksi dgn sesuatu...mana mungkin seseorng marah bukan pada sesuatu...dia perlu interaksi/hubungan utk dia rase marah...dia perlu interaksi dgn sesuatu utk dia rase gembira...

Emotional Intelligence (EQ) berkembang dgn baik jika hubungan dan interaksi tumbuh dgn positif, rapat, sayang, kasih, penuh dgn perasaan positif...

Saya mncadangkan KAMU dan KITA mnjaga hubungan dalam keluarga spy ikatan emosi dan perasaan wujud dlm keluarga terutama ANAK-ANAK....Anak-anak TAK perlu diajar pengurusan emosi dan perasaan mereka .. TTP mereka belajar semasa interaksi mereka dgn kedua IBU BAPA mereka...InsyaAllah, dgn izin Allah berdasarkan sunnahtullah juga anak kita akan mnjadi manusia hebat jika EMOSI/PERASAAN mereka SIHAT, TERJAGA dan TERPELIHARA...



Kesimpulan..
Insyallah jika KAMU sentiasa GEMBIRA dan positif
Kehidupan Dunia ini akan melonjakkan lagi Kecemerlangan kita BERSAMA di AKHIRAT

TAHUKAH KITA DALAM ISLAM?
ISLAM SENDIRI MNDIDIK SPY PENGANUTNYA
CEMERLANG DLM Emotional Intelligence (EQ) INI

AMBIL ISLAM SEPENUHNYA !!
INSYALLAH KITA CEMERLANG DUNIA AKHIRAT !!




Sabtu, 11 Ogos 2012

The Power of Subconscious Mind...


Sebenarnya saya ingin berkongsi sedikit tentang Subconscious Mind atau minda bawah sedar ini...Ia hasil pembacaan beberapa buku yg fokus utama adalah mngrungkai peranan minda bawah sedar kpd seseorang...Sekiranya kita mndengar ceramah2 motivasi akan ade sesekali motivator mnyentuh tentang minda bawah sedar ini...

Seperti yg kita lihat gambar di atas, peranan minda bawah sedar ini adalah 90% daripada semua yg berlaku dlm badan kita...hanya 10% sahaje yg kita sedar akan berlakunya manakala yg selebihnya kita mngkin merasakan tak ade apa2 yg berlaku... ttp hakikatnya ada proses2 yg penting berlaku yg tak disedari...urm, apakah yg penting tuh ya?

Mula kita perlu tahu otak merupakan 'pemberi arahan' kepada setiap inci tubuh badan kita....kita mahu mngambil sebarang objek sebenarnya arahan dikeluarkn daripada otak dan kemudian dibawa dlm bentuk impulse ke otot2 tangan dan kaki supaya 'diri kita' ni bergerak ke objek dan mngambilnya...cuba kita perhatikan dlm proses ini sahaja apekah yg kita sedar?kita hanya sedar saya mahu mngambil objek itu...tp kita xsedar bawah sebenarnya berjuta arahan telah pon dilepaskan dr otak...

setiap arahan menuju ke organ sasaran...seperti ke otot peha spy ia bergerak spy kita dpt bangun...ke otot tangan supaya membantu kaki utk bangun...juga ke otot yg mngawal pergerakan bebola mata supaya kita tak terhantuk atau memastikan tiada bahaya dihadapan...arahan dihantar ke jantung juga kerana perubahan kedudukan mngebab graviti berubah, maka jantung mnyesuaikan tekanan darah supaya kita tak pitam semasa hendak bgn..

bukan hanya 3 arahan dikeluarkan tp berjuta2 arahan...sedarkah kita perkara2 ini berlaku?

tak kan?jadi ni lah proses yg dikawal oleh minda bawah sedar...logik la kan 90% aktiviti yg kita lakukan kita tak sedar...skrg kita dah paham apa minda bawah sedar

Kemudian minda sedar ialah apa yg kita sedar perbuatan yg kita buat skrg ni...contohnya sy sedar sy tgh menulis sesuatu di laptop saya...tp perkara yg paling sy fokus ialah apa yg sy hendak tulis...jd sy hny perlu memikirkan ape yg sy hendak tulis kemudian secara automatik tangan dan mata sy bekerja sperti biasa dgn mncari butang huruf dan menkannya spy ia terlihat di skrin laptop ini...

Sebenarnya perkara yg senang ini dahulunya susah kerana andai jika sy tak pernah melihat papan kekunci, tak pernah mngetahui kedudukan setiap huruf...sy perlu fokus utk mencari setiap huruf dan menekan supaya membentuk satu perkataan dan seterusnya satu ayat...kemudian sy perlu memikirkan semula apa yg sy nk tulis lg...

ada kesimpulan yg kita dpt dari fenomena dia atas?

Ya SEMUA YANG KITA LAKUKAN SECARA TIDAK SEDAR KINI asalnya DAHULU KITA MELAKUKAN DGN SECARA SEDAR...

Kita perlu tahu sebenarnya MINDA BAWAH SEDAR berkembang dan bertambah melalui pengalaman kita sendiri...seorang bayi sebenarnya sebelum dpt berjalan dia memfokuskan segala kudratnya pada tangan dan kakinya, keseimbangan badannya dgn MINDA SEDARnya...setelah lama kelamaan sudah pandai berjalan maka ia akan diprogramkan di MINDA BAWAH SEDARnya...

Sungguh UNIK hubungan MINDA BAWAH SEDAR dan MINDA SEDAR ini...

Minda sedar mnghasilkan Minda bawah sedar...dan seterusnya MINDA BAWAH SEDAR ini mnguruskan 90% perbuatan perkerjaan kita seharian...


Sebenarnya byk amplikasi minda bawah sedar ni pada kehidupan kita...ia boleh digunakan oleh seorang pelajar utk berjaya dlm pelajarannya, boleh digunakan oleh seorang pekerja utk cemerlang dlm prestasi kerjanya...

Tapi saya ingin hanya mnyentuh tentang MENGINGATI ALLAH DAN RASUL...


Dengan apa yg kita dah faham skrg, sekiranya kita dgn sedar sentiasa mengingati Allah dan Rasul dgn sentiasa sedar perbuatan kita samada menuruti ape yg Allah dan Rasul perintah...Maka akan tiba detik dan saatnya ia akan diprogramkan di MINDA BAWAH SEDAR kita...pada ketiaka itu, badan kita beroperasi mngikut ape yg dh diprogramkan tanpa kita mnyedari pon

Org ckap bila selalu jaga solat, nnt smpi masa bila terlupa menunaikan solat, badan sendri mngingatkn 'diri' kita
Org cakap bila selalu buat kebaikan, nnt sampi masa tanpa ingin melakukan kebaikan pon ttp kemudian sedar kita tgh melakukan kebaikan Allahu Akbar

Jadi kita sama2 jgn fikirkan perkara jahat dan tak baik secara sedar....nanti mngkin sampi masa bila ia berlanjutan, kita hny memikirkan keburukan walau tanpa niat yg sedar..

Jgan lakukan perkara yg buruk dengan sedar...mngkin sampai masa kita akan melakukan keburukan tanpa sedar...nauzubillah

KESIMPULAN - Fikirkan dan Lakukan perkara yg baik dgn sedar secara istiqamah...Insyallah bila ia menjadi sebahagian dr MINDA BAWAH SEDAR, maka akan merasai kemanisannya kerana  MINDA BAWAH SEDAR DICIPTAKAN ALLAH boleh mncapai potensi yg mngkagumkan
sebagai contah NABI MUHAMMAD saw dan SAHABAT2

Jumaat, 10 Ogos 2012

RASULULLAH menangis mencintai kita....


Bismillahirahmanirahim....

Segala puji-pujian hanya untuk ALLAH s.w.t... Salam dan selawat ke atas KEKASIH junjunganku NABI MUHAMMAD s.a.w...

Saya mngajak para pembaca utk menonton video ini....Ia memaparkan susur cerita yg trjadi setelah bumi ini lenyap...iaitu dengan lebih tepat lg suasana ketika di PADANG MAHSYAR...

Sesungguhnya RASULULLAH menyintai kita
Tp adakah kita juga sebegitu?
Mungkin juga kita trlupa pada baginda
Luahan cinta kita mngkin hanya pada teman wanita/lelaki
Astagfirullahalazim...
tak sepatutnya begini

Tahukah kita sejurus RASULULLAH dibangkitkn
Baginda tidak gembira walaupun disisinya
berkibar panji-panji kepujian dan kemuliaan
Malah di minta JIBRIL membawanya
Bertemu dgn UMATNYA

KITA di sana adalah UMAT yg paling lemah
RASULULLAH menunggu dan bertanya setiap kelompok manusia
yg melintasinya
ttp KITA umat yg paling AKHIR
RAULULLAH menangis kerana melihat
Kita berjalan perlahan dan lambat

Sayunya mendengar dan membaca kisah ini
Besarnya CINTA RASULULLAH pada umatnya
ttp berapa ramaikah umat yg mnyambut CINTA itu
Cinta baginda kpd semua hatta
pada pembuat dosa juga
di kalangan UMATnya
SIAPAKAH PENCINTA lebih AGUNG 
selain Nabi Muhammad bagi anda?

Para pembaca
Kita perlu sambut CINTA RASULULLAH ini
Turuti TUNTUTAN rasulullah
Pertahankan SUNNAH rasulullah
Cinta pada Rasulullah juga bermakna
Kita mencintai Allah..

Saya juga mencintai isteri saya... Ini kerana perintah Allah dan Rasul supaya sy menyayangi dan mngasihi isteri sy.... ttp apabila dia tidak lagi mentaati Allah dan Rasul... maka berlepaslah diri sy dari perintah itu dan hilanglah cinta sy padanya...

Cinta yg selayaknya dan paling agung pd manusia ialah CINTA pada RASULULLAH...
Sy sayang isteri saya kerana CINTA sy pada Allah dan Rasul
Sy kasihi anak-anak sy kerana juga CINTA sy pda Allah dan Rasul..


Sebagai perMULAannya....

Sudah lama rasenya diri ni tidak mngupdate blog sejak setahun lepas...walaubagaimanapun insyallah akan saya activekn semula hobby ini sejak mula kenal blog....dahulunya saya akn menulis semua yg berlaku pada diri ini utk memberitahu pada dunia ape sebenarnya yg berlaku...diriku seorang yg tidak lantang mnyuarakan rasa hati maka dgn menulislah maka akan tergambarnya segala yg berlaku pada dri ini...

Sebagai permulaannya...


Saya akn menulis bacaan yg boleh dijadikan iktibar dan teladan kepda yg sudi membaca warkah yg biasa ini...yg baik ambillah iktibar, yg tidak baik biarkn lah saja...semoga saya akn mnyumbang serba sedikit info yg baik pada para pembaca blog ini...Insyallah