Untuk kali ini saya ingin berkongsi sedikit ttg tajuk seperti di atas... Dalam pembacaan beberapa buah buku trdapat perkaitan yg sy trfikir di mana boleh dikongsi bersama utk kebaikan kita semua... Sepertimana yg kita tahu doa adalah ucapan yg kita ucapkan pd Tuhan Maha Esa yg mngandungi perkara2 kebaikan utk diri sendri mahupun pada org lain...
Subconscious Mind pula boleh di sama ertikan dgn sikap/tabiat/amalan/perbuatan yg lahir daripada kita sendri tanpa kita mnyedari kehadirannya... Ia terjadi dgn automatik tnpa perlu di fikirkan malah ia seperti memprogramkn diri kita sebagai robot yg hnya mngikut kehendaknya... Adakah anda pernah mnyedari perkara ini?..Selalunya kita tidak mnyedarinya kerana ia adalah perkara yg biasa kita lakukan... Kita tidak memberi perhatian pd perbuatan yg dikira sebagai kebiasaan kn?
Kenyataan pula maksud sya adlah impian/cita-cita/kehendak yg kita inginkn itu berada di depan mata dan kita dpt mnyaksiknnya sndri...
Secara specifik sy maksudkn ialah APA YG KITA DOAKAN ITU MNJADI KENYATAAN
Kita semua berdoakan?...Alhamdulillah apabila kita berdoa mnunjukkn kita akur bahawa kita hanya hamba yg berharap pada Tuhan sekelian alam iaitu Allah s.w.t... Dan DIA juga memerintahkn kita spy berdoa brharap hanya pd DIA sahaja... Mana mungkin dia tidak menerima doa2 hambaNya yg berdoa padaNya...
Kemudian kita berdoa siang dan malam berulang2 kali... Ucapan yg diutarakn pd Allah digubah seindah dan seikhlas mungkin spy sedap dan indah dihadapan Allah... Kadangkala kita meniru/mngulang2 doa yg pernah juga didoakan Nabi Muhammad kpd Allah dgn harapan Allah mendengar dn mngabulkannya... Ada kala dek kerana mmg sgt xtrdaya dan xdpt berbuat apa2, air mata mngalir mntis ke riba merayu pd Allah utk membantu...
Ya begitu kan kita berdoa tiap2 kali?...Alhamdulillah
Sebenarnya doa2 yg diulang2 setiap hari itu akn diprogramkn di dalam Subconcious Mind... Ya kita xsedar tp sebenarnya mental, fizikal, spiritual kita sudah mempersiapkn kemampuan masing2 utk menuju IMPIAN/CITA-CITA/KEHENDAK itu ...
Mengapa sy berckp sebegitu?apakah bukti sebalik pernyataan itu?
Sebagai contoh yg mudah..sy sgt memerlukan sebatang pen di kala hendak menulis sesuatu yg sgt penting... tnpa memerlukn kita brfikir... badan sudah pon mnjalankn tugasnya utk mencari pen itu... kaki bergerak ke hulu hilir, tangan bergerak mngalih-alih halangan utk mncari pen jika trsembunyi... memori pula mngingat di mana kita letakkn pen... sbenarnya byk perkara yg berlaku serentak tp cuma kita saje xmnyedari secara sedar...
SUBHANALLAH, Hebatkn ciptaan Allah yg bernama MANUSIA ini?... Cukuplah anda hanya memahami proses yg berlaku dlm diri kita... anda pasti akn tertunduk kagum melutut di bawah kekuasaan Allah... Anda akan merasai bahawa walopon diri ini adalah kita sendri tetapi ada proses yg berlakuu dlm ddiri ini di luar kesedaran kita...
Alhamdulillah kita sudah berdoa kn?tapi jgn lupa berusha dgn kudrat yg kita ada ni... dgn kata lain apa2 yg kita trdaya usahalah yer...sebnarnya dgn berusaha kita semakin dekat dengan IMPIAN/CITA-CITA/KEHENDAK itu... Allah berfirman DIA akan mengabulkan doa kita maka akhirnya TAWAKAL lah pada Allah sebelum sesuatu menjadi KENYATAAN ...
DOA, USAHA dan TAWAKAL ... formula utk orang2 yg beriman... Jika dia BERJAYA, tak mungkin dia lupa utk BERSYUKUR pada Allah... Jika BELUM BERJAYA, tak mungkin dia BERPUTUS ASA pd rahmat Allah, malah dia tetap BERSABAR dgn KETETAPAN Allah..
Kesimpulan:
Awak dan saya hendaklah sentiasa berdoa ikhlas tulus dihadapan Allah, mengakui hanya DIA sahaja lah yg akan memenuhi atau memperbaikan impian dunia akhirat kita... Ulang dan ulang lagi doa kita dgn hadirkan perasaan yg brharap pd Allah... Kita bkn brharap semata2 pd IMPIAN/CITA-CITA/KEHENDAK itu ttp sebenarnya kita mmbuktikn Allah hnya satu2 tuhan, yg menguasai kehidupan kita, yg hanya tempat kita bergantung brharap, dan smoga IMPIAN/CITA-CITA/KEHENDAK itu baik utk DUNIA dan tempat tinggal kita yg kekal iaitu AKHIRAT...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan