Apakah maksud di sebalik penulisan post ini ya?
Allah, sebenarnya diriku mahu Engkau dahulu, kini, dan selamanya berada di kedudukan yang tertinggi dalam hatiku dan hidupku. Di sebalik apa yang terjadi pada diriku, kedudukan-MU dan rasul-MU tidak akan tergugat. Setiap masa diriku akan ku lintaskan ingatanku padaMU. Tindakan dan perbuatanku diniatkan seikhlas yang mampu untuk menunaikan tanggungjawabku sebagai hamba. Ampun Tuhanku, Engkaulah tujuanku walaupun disebalik perintah dan laranganMU ada balasan syurga dan neraka.
Sejujurnya aku mahu dijauhkan daripada azab nerakaMU, mendapat keredhaanMu ke atas diriku sebagai seorang hambaMU yang benar dan ditempatkan bukan di nerakaMU. Diriku mengetahui hanya dua tempat iaitu syurga dan neraka. Ya Allah aku mohon tempatku bukan di neraka ya Allah. Malu diriku untuk menyatakan impianku untuk SyurgaMU. Aku manusia biasa, jauh sekali untuk disamakan dengan para sahabat rasulMU, salaffus soleh serta tabi' tabiin.
Ya, diriku juga mahu setiap manusia menjadikanMU berada di kedudukan tertinggi di dalam hati-hati mereka. Walaupun aku adalah suami, bapa, ketua keluarga, pemimpin atau ketua mereka. Diriku tahu jika mereka menjadikanMU tujuan mereka, mereka akan taat pada suami, bapa, ketua keluarga, pemimpin atau ketua mereka. Diriku juga akan berusaha supaya pimpinanku menjadikanMU tujuan mereka hidup. Bukan untuk kepentingan dunia mereka tetapi kepentingan akhirat mereka juga.
Diriku juga akan menjadikanMU berada di kedudukan tertinggi dalam hatiku. Ya diriku juga mempunyai ibu dan bapa, bakal isteri juga anak-anak, harta juga pangkat. Hanya kerana Engkau maka diriku akan bawa mereka kepadaMU. Walaupun diriku memerlukan mereka sebagai memenuhi fitrah manusia yang sendiri ditentukan olehMU. Mereka juga akan menjadi ujian kepadaku untuk menguji dan mencabar keteguhanku untuk menjadikan ENGKAU sebagai TUJUAN HIDUPKU
Allah, bantulah diriku untuk sampai padamu dengan semua tanggungan yang Engkau kurniaan, ibu bapaku, isteri dan anak-anakku serta orang pimpinanku. Diriku menjaga mereka bagai kurniaan dariMU. Mereka mempunyai hak ke atas diriku, dengan kekuatan dariMU akan ku uasahakan untuk memyempurnakan hak-hak mereka dengan kasih, sayang, cinta, rindu, lemah dan lembut.
WALAUPUN ENGKAU YANG SELAMANYA TERTINGGI DALAM HATIKU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan