Isnin, 10 Jun 2013

Pakaian TAKWA itulah paling baik...


Smoga mnjadi orang yg BERTAKWA...

TAKWA adalah hasil akhir bagi seseorng muslim
Dia mewujudkn IMAN yg benar dalam hatinya
Dia melaksanakan ISLAM dalam kehidupannya
Dia istiqamah dan sabar melakukannya...

akhirnya wujudlah rasa TAKWA 
yg mnguasai zahir dan batinnya

Aamiin InsyaAllah

Memang beginilah kita di DUNIA...


Apakah pandangan dari kamu bagi mngatakan pd DUNIA?
Zalim? Kejam? tidak Adil?
Indah, mempersona dan mngasyikkan?

Bagi seorng muslim...
pandangannya pada DUNIA adalah
salah satu kawasan laluannya yg luas tanpa ada tanda isyarat
DUNIA bagaikan tiada sempadan
tiada laluan yg trtentu
Manusia bagaikan berjalan ke hulu ke hilir dalam kawasan yg sama

Dalam seorng muslim melalui DUNIA
dia merasa satu masa dia akn smpi ke hujung DUNIA
dan bertemu suatu tempat lain iaitu
ALAM BARZHAH
Ia akan mnjadi tempat laluan baru
untuk sampai ke destinasi baru ALAM AKHIRAT pula

Begini lah pandangan MUSLIM pada DUNIA
satu masa akan ditinggalkn DUNIA ini

Muslim tidak akn brgerak di DUNIA tanpa arah
mereka merujuk panduan dan petunjuk yg diyakini
AL QURAN dan SUNNAHlah tanda isyarat jalan

sememangnya banyak yg berlaku di pemandangan DUNIA
ada manusia yg susah
ada yg senang
ada yg mnangis dan ketawa juga
ada yg kaya dan miskin
ada yg cukup segalanya dan ada yg sederhana kemilikannya

Seorng muslim mngetahui
itulah KETETAPAN daripada PENCIPTA DUNIA
diaturNYA, diprogramNYA
dgn setiap manusia mndapat rezeki yg brbeza mngikut KEHENDAKNYA

Ada yg brsusah payah tnpa mndapat sesuatu yg diingini
ada yg mudah saja mmndpt apa yg diingini tanpa penat lelah cuma sekadar saja
trmasuk juga ada yg mndpt sesuatu dgn susah payah
dan tak ketinggalan juga yg xmahu susah payah maka tiadalah bahagian untuknya

Bukan tidak adil, kejam atau zalim
bukan juga Indah, mempersona dan mngasyikkan

DUNIA adalah tempat
untuk Allah tengok KAMU
NILAI kamuu
bagaimana kamu trhadap Allah?

Syukur?Sabar?Tabah?
dan banyak lagi sifat mulia lain
 semestinya bila ada sifat2 mulia trsebut
Allah gantikan yg baik malah brganda nilainya
untuk yg lupa dan mnyombongkan dirinya pd Allah

Nah, destinasi seterusnya pula menanti
yg di atur dan diprogramkan
TIDAK SAMA SEPERTI DUNIA

Kamu dulu di dunia sebegini
maka di ALAM BARZHAH akn begitu
tiada lg usaha dan kebebasan memilih dn brtindak
Ahli maksiat utk antara lubang2 neraka
Ahli ibadah utk taman2 syurga

KITA hidup di dunia ini seperti yg Allah perintah dan arahkan yer
apa yg Allah bg kita SYUKUR
apa yg LAMBAT kita sabar
apa yg kurang kita terima
apa yg sudah trjadi kita redha

SBB kita mahu Allah redha KITA
INSYYALLAH di SYURGA kita dikumpulkan
AAMIIN

Kahwin bukan sehari...

InsyaAllah... Perkahwinan adalah sunnah Nabiku utk sempurnakan agamaku

Perkahwinan ini adalah untuk mnyempurnakan hidup kita sebagai manusia
bagaikan bulan dan matahari
langit dan bumi
berdua mereka mnyempurnakan kehidupan

begitulah lelaki dan perempuan
suami dan isteri
abi dan ummi
perkahwinan adalah hubungan mutual
masing2 berasa dilengkapi oleh pasangan
Begitulah yg kita mahukan...
Bukan si suami adalah tuan dan isteri hamba
bukan juga si suami hamba dan isterinya pemaisuri

Perkahwinan ini bukan sehari dua
andai mahu ditetapkan sampi bila
sampai bulan dan matahari berpisah
begitu juga langit dan bumi brcerai

Ya, berdua itulah kehidupan
Biasalah ada toleransi dan saling mngalah

tengoklah jika bumi panas, langit di atasnya akn hujan
apabila bumi lembab, diwapkan air ke langit
apabila matahari kurng sinarnya, bulan juga redup sinarnya
bila bulan terang cahayanya, perhatikn lah matahari juga silau terang cahayanya

suami isteri juga begitu
satu lemah, sorng laki mnguatkannya
sorng gembira, satu lagi juga akn turut gembira
satu sedih, sorng lagi akn mngembirakannya

hinggalah urusan syurga neraka juga
suami redha pd isterinya
ke syurgalah isterinya
isteri redha pd suaminya
ringanlah beban si suami

Urm suami isteri sampi ke SYURGA aamiin

Impian dan Harapan

Setelah lama mndiamkn diri ini, diriku akan usaha supaya sedikit coretan di tulis di sini untuk kata2 dan perkataan yg tidak boleh diucapkan sebegitu saja dgn sebebas-bebasnya...

Ia berlaku dgn tidak disedari dgn langsung, jiwa ini berdebar2 dan brsemangat utk membentuk sebuah keluarga yg mndamaikan dan mnyeronokkan hati bila dpt melihatnya..kini sudah trngiang gelak ketawa anak kecil dan suara lembut seorg ibu yg asyik melayan anak kecilnya

Tersentuh hati yg dalam ini melihat keadaan sedemikian, diriku juga mahu turut serta dlm prmainan mereka brdua, brgurau2 dn gelak tawa bersama...aku yakin semua manusia mmpunyai perasaan sebegini, ya... ikatan kekeluarga itu yg dimaksudkn..

Diri ini mngejar sesuatu impian utk berkeluarga, walaubagaimanpun ia akan berlaku dgn beberapa peringkat...bila keluarga dibentuk tanpa sedikit pon perancangan dan hny berbekalkn cinta sayang semata2, ia bakal menempuh jalan2 sulit bila mana cinta dan syg smakin melayu nnt...bukan itu yg kita mahu saja kn?

Biarlah ia bermula dgn cinta dan syg antara kedua-dua pihak, sebelum mereka melalui kehidupan brdua, mereka sudah pon mngetahui tanggjwb2 mereka masing2, malah mereka juga memahami tanggjwb pasangan masing2...jika brkelapangan mereka brsama2 melaksanakn tanggjwb itu brsama2 xkira ia tnggjwb isteri atau suami..suasana bantu membantu, tolong menolong antara ibu dan anak serta adik bradik, mngkin mnyentuh hati sbb diri sgt sgt suka melihat keadaan ini...InsyaAllah, smoga dlm keluargaku trdiri drpd hamba2MU yg bersih, baik hatinya, senang mnghulurkan bantuan dan pertolongan pd sesiapa sja ikhlas sebagai hambaMU ya Allah

Kehidupan berkeluarga bkn suatu masa yg singkat, jika umur pnjang ia boleh mncapai 30 tahun...ia masa yg lama kn?jika hny cinta dan syg, dptkah ia brtahan selama itu dgn fizikal kita yg xkekal tampan, cantik atau bergaya...jika jg hny kerana duniawi yg ada pd pasangan, mampukah nikmat itu akn ada selama2nya...

Diri ini ingin brkongsi matlamat jangka panjang yg tak akn susut/hancur/atau hilang hinggalah tamat usia perkahwinan kita dgn brakhirnya nyawa kita malah cita2 masih brsambung InsyaAllah smpi kita berdua mnjejak kaki ke syurga ( Hanya belas kasihan Allah saja kita ke syurga Allah, sungguh nikmat Allah xsbanding dgn amaln kta )

Bermula dgn perkenalan yg hny sekadar saja, mngenali antara sifat2 yg trlihat..berusaha spy tidak timbul fitnah yg merosakkn iman dan agama malah ia semakin brkembang dan mantap, InsyaAllah..diri tidak pon trlalai dr mngingat Allah Tuhan semesta Alam. Sebelum tiba saat disatukan, penantian ini perlu dilalui dgn baik..

Seperti pasangan2 yg baru brkahwin, pada mulanya trhiaslah detik2 manis antara mereka brdua. Setiap hari bagaikan hari yg baru, pengalaman dan rasa yg baru. Dgn elemen2 yg positif dan baik ini, perkahwinan mereka bertahan hingga lah hari2 yg dilalui mnjadi hari yg sama, pengalaman yg serupa dan rasa yg lama.

Inilah yg trjadi utk semua pasngan2 brkawin. Pada mulanya mereka mahu hidup brsama, mnjalani kehidupan brsama. Akan sampai satu masa, mereka sudah merasai hari2, pengalaman dan rasa brsama maka mereka mula mencari kelainan dari itu semua. Ini akan mngugat institusi keluarga

Begini lah sifat dunia yg sementara !

Itulah juga yg disifatkan dunia hnylah ujian dan mainan !
Ujian samaada kita ahli dunia atau akhirat
Mainan samaada kita ingat atau lupa Allah dan akhirat

Aku mngharapkan mahligai kasih didirikn dgn masing2 mngharapkan kebaikan dari Tuhan...
Masing2 mahu kembali menemui Tuhan
Mereka brdua mngharungi manis gelak ketawa suka duka di pentas dunia ini
Sama2 saling bantu mmbantu kuat mnguat dlm mnghadapi keadaan
Tidak brputus asa dgn rahmat Allah hinggalah sampai menemui-Nya

haa...
Berkahwin dan untuk smpai ke SYURGA....
sy mahukan ini 

Suami Isteri atas dasar IMAN, ISLAM dan TAKWA

Isnin, 14 Januari 2013

Bersabar dlm BERDOA...

Lamanya tak mngupdate blog ni. Bukannya tiada idea utk ditulis ttp masa itu yg mnghadkn peluang brbicara. InsyaAllah, jika ada kelapangan masa, diri ini akn menulis sedikit sebyk spy dpt dikongsi buah pandangan antara sesama kita.

Untuk post ini, diri ini mahu menulis sedikit ttg sabar dlm berdoa. Sesungguhnya diri ini sedang bersabar dlm menanti sesuatu. Untaian doa disusun dgn hiba dan diungkapkan di hadapan Tuhan sekelian alam spy didengari. Ya, Tuhan yg Maha Pemurah dan Pengasih itu suka mendengar permintaan dari hambanya malahan DIA mngganggap hamba itu sombong jika tidak meminta dariNya.

Diri ini berdoa bukanlah semata-mata kerana mahu diperkenankan tetapi mahu melaksana yg sepatutnya dilakukan oleh seorang hamba. Urm, hamba ialah seseorang yg lemah dan bersifat kekurangan maka ia akn berharap dan memohon meminta pada tuannya. Begitulah sifat manusia yg sepatutnya. Dia hanya meminta pada tuannya bukan meminta sesama hamba.

Dalam hati ini sgt yakin bahawa Allah pasti akan memperkenankan doa. Mengapa diri ini begitu yakin?...Tidak kah Allah sudah berfirman dalam Al-Quran, DIA pasti akan mendengar dan memperkenankn doa hambanya yg berdoa pd-Nya. Tiada perkataan yg lebih benar selain kata-kata penguasa dan pemilik alam ini dimana hanya kehendakNya sahaja yang akan berlaku.

Ya, doaku pasti diperkenankan cuma pengetahuan dan kehendak Allah mengatasi segalanya, doa itu akan diperkenankan samaada sekarang juga atau pada masa nanti yg lebih tepat, atau akan ditangguhkn sehingga ke hari perhimpunan kelak, atau doa itu sebagai penolak dan penghalang pada kejadian yg tidak diingini nnt.

Allah, sungguh Pemurah dan Penyayang MU pada hamba manusia ini. Jika mereka menghayati dgn sebenar-benarnya maka mereka akan tunduk dgn sepenuh hati seperti manusia agung Nabi Muhammad ( Selawat dan salam ke atasnya keluarga serta sahabatnya ). Setiap detik nikmat Allah menelusuri segenap tubuh badan ini, walaubagaimanapun hati sanubari ini kebykan masa sering lalai dan lupa pdMU ya Allah. Sungguh aku menzalimi diri sendri bila mana maksiat dan dosa dilakukn dgn nikmat2 yg dianugerahkn tanpa syarat dan balasan.

Urmmm, bersabar dalam berdoa. Berdoa dalam keadaan suci, mngadap kiblat serta memilih waktu-waktu yg mustajab seperti sepertiga malam, setiap hari jumaat, dlm keadaan brsujud dan byk lagi. Dimulai doa dgn puji pujian pd kebesaran dan keagungan Allah disertakan keyakinan hati,ketundukan dan penyerahan diri sepenuhnya pd Ilahi. Selawat pd Nabi Muhammad disusuli kemudian dan diakhirkn dlm brdoa. Tidak dilupa makanan yg dimasukkan ke dlm rongga badan ini perlu bersih suci dan halal sbgaimana sabda baginda Rasulullah, bagaimana doa utk diperkenankn sedangkn makanannya haram, pakaiannya haram, minumannya pon haram.

Ya Allah...


Ku tundukkan diriku pdMU Tuhan penguasa pemerintah segenap unsur-unsur langit dan bumi, Yang Maha Pemurah, Pengasih dan Penyayang yg tiada taranya, Yang akan mngabulkan doa dari setiap hamba yg berdoa

Permudahkan urusan dunia ku utk keselamatan, kesejahteraan iman dan agamaku,
Kurniakan aku pasangan dan pewaris yg mendamaikan hati, menyejukkan mata memandang
Jadikan mereka hamba2MU yg soleh dan solehah, mnjadi pemimpin2 yg membawa pimpinan mereka menujuMU
Bantulah aku utk menjadi anak yg soleh kpd kedua ibu bapaku
Kuatkan aku utk mnjadi suami yg bertanggjwb dan baik pd pasanganku yg juga kau ciptakan dia utk bergantung padaku
Tolonglah aku utk mnjadi seorang ketua keluarga yg dpt memimpin, mendidik dan mngajar ahli keluarga dlm mngenal, mngabdikan diri padaMU Ya Allah

Amin Ya rabalalamin...selawat dan salam ke atas pemimpin junjungan Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabat baginda. Terimalah kami sebagai umat baginda.




Ahad, 30 September 2012

"I Love You So"



I pray to God
My heart, soul, and body
Every single day of my life
With every breath I solemnly promise
To try to live my life for you

O Allah, You did revive my soul
And shone Your light into my heart
So pleasing You is now my only goal
Oh I love You so
I love You so (I love You so)

[Chorus:]
Now I know how it’s like
To have a precious love in my life
Now I know how it feels
To finally be at peace inside
I wish that everybody knew
How amazing it feels to love You
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong

O Allah, I’m forever grateful to You
Whatever I say could never be enough
You gave me strength to overcome my uncertainties
And stand firm against all the odds

You are the one who did revive my soul
You shone Your light into my heart
So pleasing You is now my only goal
Oh I love You so
I love You so (I love You so)

[Chorus]

My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for You [x2]
And I swear that I will never put anyone or anything before You
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for You

[Chorus]

Rabu, 26 September 2012

ALLAH tertinggi di hatimu...

Dimulakan pujian setingginya kepada Tuhan semesta alam yg mentadbir sekelian unsur-unsur ciptaan-Nya dgn sempurna. Selawat dan Salam ke atas junjunganku Nabi Muhammad s.a.w. Salam hormat dan Sejahtera juga pada keluarga baginda dan para sahabat yg membantu serta mngasihi baginda Nabi.

Apakah maksud di sebalik penulisan post ini ya?

Allah, sebenarnya diriku mahu Engkau dahulu, kini, dan selamanya berada di kedudukan yang tertinggi dalam hatiku dan hidupku. Di sebalik apa yang terjadi pada diriku, kedudukan-MU dan rasul-MU tidak akan tergugat. Setiap masa diriku akan ku lintaskan ingatanku padaMU. Tindakan dan perbuatanku diniatkan seikhlas yang mampu untuk menunaikan tanggungjawabku sebagai hamba. Ampun Tuhanku, Engkaulah tujuanku walaupun disebalik perintah dan laranganMU ada balasan syurga dan neraka.

Sejujurnya aku mahu dijauhkan daripada azab nerakaMU, mendapat keredhaanMu ke atas diriku sebagai seorang hambaMU yang benar dan ditempatkan bukan di nerakaMU. Diriku mengetahui hanya dua tempat iaitu syurga dan neraka. Ya Allah aku mohon tempatku bukan di neraka ya Allah. Malu diriku untuk menyatakan impianku untuk SyurgaMU. Aku manusia biasa, jauh sekali untuk disamakan dengan para sahabat rasulMU, salaffus soleh serta tabi' tabiin.

Ya, diriku juga mahu setiap manusia menjadikanMU berada di kedudukan tertinggi di dalam hati-hati mereka. Walaupun aku adalah suami, bapa, ketua keluarga, pemimpin atau ketua mereka. Diriku tahu jika mereka menjadikanMU tujuan mereka, mereka akan taat pada suami, bapa, ketua keluarga, pemimpin atau ketua mereka. Diriku juga akan berusaha supaya pimpinanku menjadikanMU tujuan mereka hidup. Bukan untuk kepentingan dunia mereka tetapi kepentingan akhirat mereka juga.

Diriku juga akan menjadikanMU berada di kedudukan tertinggi dalam hatiku. Ya diriku juga mempunyai ibu dan bapa, bakal isteri juga anak-anak, harta juga pangkat. Hanya kerana Engkau maka diriku akan bawa mereka kepadaMU. Walaupun diriku memerlukan mereka sebagai memenuhi fitrah manusia yang sendiri ditentukan olehMU. Mereka juga akan menjadi ujian kepadaku untuk menguji dan mencabar keteguhanku untuk menjadikan ENGKAU sebagai TUJUAN HIDUPKU

Allah, bantulah diriku untuk sampai padamu dengan semua tanggungan yang Engkau kurniaan, ibu bapaku, isteri dan anak-anakku serta orang pimpinanku. Diriku menjaga mereka bagai kurniaan dariMU. Mereka mempunyai hak ke atas diriku, dengan kekuatan dariMU akan ku uasahakan untuk memyempurnakan hak-hak mereka dengan kasih, sayang, cinta, rindu, lemah dan lembut.

WALAUPUN ENGKAU YANG SELAMANYA TERTINGGI DALAM HATIKU